SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, April 28, 2010

SPRM - Susah nak tangkap Jerung

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap beliau kerana didakwa menerima RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing, ditutup dan tiada siasatan lanjut.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM dalam surat yang diterimanya pada 22 April lalu, yang menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat mengaitkan beliau dengan dakwaan berkenaan.

“Kes ini saya dimaklumkan bahawa ianya tamat siasatan dan tidak dilanjutkan siasatannya. Tiada sebarang bukti yang membuktikan tuduhan-tuduhan liar itu,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen 'Red Means Stop' anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama Sun Media Corporation Sdn Bhd, di sini, semalam.

Tahun lalu, SPRM memanggil Tee Keat untuk disoal siasat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dakwaan kononnya beliau menerima RM10 juta daripada King Sing untuk aktiviti MCA. Ketika itu Tee Keat adalah Presiden MCA, manakala Kuala Dimensi adalah kontraktor utama bagi pembinaan PKFZ.

“Kini, jelas senario sebenarnya, walaupun jawapan ini saya terima agak lewat sedangkan saya sedia maklum kes ini tamat siasatannya agak awal sebelum ini.

“Tanpa atas apa sebab, saya baru dapat maklum balas atau jawapan pada 22 April lalu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau kecewa lewat menerima surat jawapan daripada SPRM, Tee Keat berkata: “Sepanjang hayat kita ini, cukup banyak kekecewaan, rintihan itu ada, kecewa jangan.

“Kalau inilah yang berlaku yang menimpa kita, kita kena juga berdepan dengannya dengan penuh ketabahan.” - Bernama


Sharpshooter - Resam SPRM - Jerung memang sukar ditangkap...ikan bilis mudah je...Jangan SPRM jadi Iblis dah ler....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/