SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, April 28, 2010

YB Wong Ho Leng calon Pakatan Rakyat di Sibu

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng diumumkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi P.212 Bandar Sibu malam tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis makan malam Pakatan Rakyat di Sibu yang turut dihadiri oleh Penasihat KEADILAN Sarawak Datuk Hafsah Harun, Ketua Parlimen DAP. Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta pimpinan KEADILAN, PAS, DAP dan SNAP negeri Sarawak.

Majlis maka malam yang bertemakan 'Berengkah Berubah Ari Sibu' (Sibu Terajui Perubahan) turut dihadiri lebih 2,500 penyokong.

Semengtara itu di Kuching, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional.

Wong memenangi kerusi Bukit Assek di dalam pilihan raya negeri pada 20 Mei 2006 setelah mengalahkan calon Barisan Nasional, Ngieng Kiong Ann.

Wong memperolehi sebanyak 10,380 undi berbanding Ngieng yang mendapat 5,629 undi.

Beliau merupakan Naib Pengerusi DAP dan menerajui DAP Sarawak sejak tahun 2000.

Berusia 50 tahun, Wong yang juga seorang peguam mempunyai lima orang anak, empat perempuan dan seorang lelaki.

Wong telah bertanding dalam lapan pilihan raya bermula dalam pilihan raya bagi Parlimen Miri pada 1986.

Wong digantung selama 12 bulan daripada sidang DUN Sarawak bermula dari 13 Mei 2009 kerana ucapannya terhadap Menteri Kewangan II, Datuk Wong Soon Koh pembentangan Bil Perbekalan Tambahan (2008) semasa persidangan DUN pada November 2008.

Sharpshooter - Ini satu strategi yang baik mencalonkan Adun sebagai calon Parlimen. Ini terbukti berjaya seperti di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang di mana PAS mencalonkan Adun PAS sebagai calon Parlimen.

Tetapi tidak berlaku dalam Parlimen Hulu Selangor, PKR mencalonkan mantan Menteri Zaid Ibrahim...biarpun tewas undi Pakatan Rakyat bertambah 95 undi.

Semoga Pakatan Rakyat dapat menawan Parlimen Sibu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai..
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/