Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.
"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada tahun 2018.
Sementara itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Datuk Lee Kah Choon mengumumkan pelantikan Loo Lee Lian, 49, sebagai Pengurus Besar Invest Penang berkuatkuasa Khamis ini.
Loo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri pembuatan dilantik bagi menggantikan Wan Zailena Mohd Noordin yang ditukarkan ke Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/