SharpShooter Followers

Thursday, April 22, 2010

Cikgu Fariz dan 4 Amk ditahan polis


Cikgu Faris Timbalan Ketua AMK pusat dan 4 Amk ditahan oleh polis kerana didakwa menurunkan poster dan baner provokasi umno dan bn di Hulu Selangor.

Beliau ditahan di balai polis bukit Sentosa jam 7.30 mlm.

Cikgu Faris bersama 4 amk akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu jam 9.00 pagi ini (Khamis, 22 April) untuk disambung reman.

Mereka dijangka akan dituduh di bawah S427 Kanun Keseksaan, S6(1) & S8 Akta Senjata Berbahaya.



Sebelum itu, Angkatan Muda KEADILAN dan Srikandi Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan bertindak menurunkan papan iklan dan kain rentang yang memaparkan imej dan mesej yang berbaur sensitif dan provokatif.

Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa melahirkan rasa kecewa dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih belum memberikan sebarang respon terhadap aduan mereka.

"Jadi, kita serahkan kepada SPR sendiri kain rentang dan papan iklan tersebut". kata beliau ketika ditemui di Bilik Operasi SPR.

"Ini membuktikan Umno-BN semakin tersepit dan tertekan. Kita mendesak kepada mereka agar menghentikan perbuatan yang jijik dan tidak berakhlak ini," tegas beliau.

Turut hadir untuk menyerahkan kain rentang tersebut ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Chegu Bard bersama Solidariti Anak Muda (SAMM).

"Tindakan ini kami lakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat dua hari lalu berkenaan kain rentang dan papan iklan yang bersifat provokasi.

"Kami turut membawa pegawai yang mengambil laporan kami, Inspektor Jagjit ke lokasi berkenaan, dan beliau berjanji untuk menurunkannya dengan segera.

"Namun selepas 48 jam, mereka masih belum bertindak.


Jadi sebagai anak muda, kami mengambil pendirian menurunkan dan menyerahkan kepada pihak SPR untuk tindakan lanjut," kata Aishah.

Srikandi menegaskan bahawa kempen pilihan raya perlu dijalankan dengan cara yang berhemah dan bukannya dengan menyerang peribadi calon.

Srikandi memberikan masa 48 jam kepada SPR dan membayangkan akan melancarkan "Ops Bersih 2" sekiranya tindakan masih tidak diambil keatas pihak yang masih ingin meneruskan kempen dengan cara provokasi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/