SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, April 28, 2010

Zaid fail petisyen Hulu Selangor dan saman Utusan Meloya

Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan Ahad lalu atas dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil sikap berat sebelah.

Pada sidang media yang diadakan di kediaman beliau pagi tadi, Zaid berkata beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang menyebarkan dakyat bahawa beliau adalah kaki botol semasa kempen yang diadakan minggu lalu.

“Saya telah mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen pilihanraya untuk mengumumkan keputusan tersebut adalah tidak sah. Pasukan peguam saya akan berbuat demikian secepat mungkin.

“Suruhanjaya Pilihan Raya mesti dilihat sebagai tidak berat sebelah. Saya berpendapat dalam hak ini badan tersebut telah bertindak amat berat sebelah dan kita akan mengambil tindakan terhadapnya.

"Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana melabelkan saya sebagai kaki arak," kata beliau.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/