Walaupun hati agak sedikit kecewa dengan kekalahan di Hulu Selangor, namun ada banyak perkara yang kita boleh berbangga sebenarnya.
Seminggu sharpshooter berkampong di Hulu Selangor dan lebih tertumpu di Dun Batang Kali membantu YB Amirudin Shari menyusun strategi dan gerak kerja.
Beliau seorang wakil rakyat yang begitu mudah didekati, adakala dia memandu adakala sharpshooter memandu untuk uruskan kerja jentera parti.
Keputusan membuktikan Pakatan Rakyat menang di Dun Batang Kali dan Kuala Kubu Baru sekali gus menafikan hajat BN untk menang besar dengan majoroti 6,000 undi.
Zaid Ibrahim (23,272) pula mendapat lebihan 95 undi tambahan dari arwah Dato' Zainal (23,177).
BN pula kehilangan 30% undi Cina. Ini bermakna MCA ternyata gagal menawan kembali undi masyarakat Cina untuk menyokong BN.
Ternyata BN tidak boleh berbangga dengan kemenangan di Hulu Selangor dan kalau ditolak undi pos BN (647), mereka menang hanya dengan majoriti 1078 undi. Tidak berbaloi dengan pelaburan lebih 64 juta untuk menawan Hulu Selangor.
Dalam 10 prk yang berlangsung selepas PRU 12, 7 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat (Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir) dan BN hanya menang di 3 kerusi iaitu Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.
Keputusan ini membuktikan kemenangan Pakatan Rakyat 70% dan sekaligus menunjukkan rakyat masih bersama Pakatan Rakyat dan sharpshooter cukup yakin Hulu Selangor akan menjadi Ijok kedua di mana dalam prk BN menang tetapi dalam PRU 13 BN akan tumbang....InsyaAllah...takbir.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
7 hours ago