SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Sunday, April 18, 2010

BN benar-benar terdesak


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.
Sebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.

Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.

"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini.


BN mula berubah rentak dengan bertindak menyerang Zaid secara peribadi dalam ceramah mereka di Sungai Tengi, Hulu Selangor, malam semalam.

Antara mereka yang berbuat demikian ialah ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika ceramahnya kepada kira-kira 50 orang yang hadir.

"Datuk Zaid dah tak minum lagi" “Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin. "Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.

Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol. "Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum.

Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi. "Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.

Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN. Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.

Ungkit gambar bogel "Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.

Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.

Sek

umpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakini supaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu. "Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.

Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.

Malaysiakini diusir

Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.

Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.

Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.

Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/