SharpShooter Followers

Thursday, April 15, 2010

BN terus bergolak

Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pertelingkahan di antara UMNO dan MIC berhubung bakal calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, adalah perkara biasa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, khabar angin seperti itu hanyalah satu perkara yang menjadi ‘berita menarik’ untuk diperkatakan pada sesuatu pilihan raya.

“Tiada ada perpecahan. Pada masa seperti ini di mana kita berhadapan dengan pilihan raya kecil, semua perkara menjadi menarik. Semua orang mahu membuat penilaian masing-masing tentang apa-apa pun,” katanya.

Muhyiddin mengulas dakwaan bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kini bertelingkah berhubung siapa yang bakal menjadi calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Saya difahamkan pembangkang sudah mula menggerakkan jentera mereka. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga dikatakan sudah mula berkampung di sana,” katanya.

Ditanya mengenai calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, Muhyiddin berkata, keputusan itu adalah hak dan strategi parti berkenaan.

Sementara itu MIC terus bergolak tentang calon Hulu Selangor.

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini.

Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan (kiri), Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."

Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok. Kami mahu siasat lebih lanjut.

"Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan yang dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya."

Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi esok selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerussi BN dijadual mengumumkan calon BN petang esok.

Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadual menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi esok.

"Kita akan keluarkan maklumat (mengenai calon) selepas jam 10 pagi esok," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.

Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.

Siang tadi, 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak kepimpinan BN supaya meletak Palanivel - yang dicadangkan oleh presiden parti itu - sebagai calon di Huu Selangor.

Manakala beberapa ketua cawangan MIC di Hulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan masing-masing jika BN memilih calon lain.

Tindak-tanduk barisan kepimpinan MIC di semua peringkat itu menguatkan lagi khabar angin bahawa Palanivel tidak dipilih bertanding di Hulu Selangor.




Manakala bagi Pemuda BN, Khairy pula berkata mereka lebih suka memilih calon muda iaitu V Mugilan. Lantak hangpa lah bergaduh...gaduh jangan tak gaduh...biar rakyat menilai hangpa...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/