SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, April 15, 2010

Najib timbulkan kemarahan negara-negara Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tercemar imejnya kerana dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat begitu terdesak untuk menagih simpati Presiden Barack Obama sehingga tergamak membelakangkan pendirian negara-negara Islam yang mendahulukan pendekatan dialog dalam isu nuklear Iran.

Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, beliau secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini meminta ketegasan kerajaan berhubung isu itu.

"Tetapi apa yang berlaku ialah Iran membuat kenyataan yang terbuka bahawa mereka mahu memajukan nuklear adalah untuk tenaga alternatif daripada penggunaan sumber yang lain, tetapi Iran ditekan habis-habisan dan diberi satu amaran yang keras dan telah dibuat keputusan untuk dibuat tindakan yang tegas.

"Saya harap kerajaan Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki, sikap yang konsisten tidak 'double standard', yang berani serta tegas untuk memberi hak kepada negara Iran," kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempertikai sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah tunduk kepada kuasa besar itu.

"Amerika Syarikat menentang pembangunan sektor nuklear oleh Iran, tetapi Malaysia seolah-olah setuju pendirian itu. Ini adalah satu pendirian yang berat sebelah dan sekali lagi kita telah berkompromi dalam pendirian tegas kita menentang kuasa besar dalam menekan negara Islam dan dunia ketiga.

"Amerika Syarikat tidak percaya dan berterusan menekan Iran tanpa menghormati kedaulatan Iran. Melebihi isu keamanan dunia.

Seperti alasan 'weapon of mass destruction', kita mempercepatkan undang-undang untuk memuaskan hati Amerika Syarikat. Amerika pernah menggunakan alasan ini untuk mencerobohi Afghanistan dan Iraq.

"Sepatutnya Malaysia tidak menyokong apa-apa tindakan yang bertentangan dengan kedaulatan rakyat Iran. Seolah kita bukan sahaja tunduk tetapi bersubahat dalam perkara ini," tegas Tian.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyatakan Perdana Menteri bersetuju dengan usaha Amerika mengecam Iran berhubung projek tenaga nuklear negara itu.

"Presiden dan Perdana Menteri bersetuju pentingnya Iran akur dengan kewajipannya di bawah rejim pengawalan senjata nuklear antarabangsa," ujar satu kenyataan Rumah Putih.

Usaha Amerika itu dibantah keras oleh kuasa besar seperti China, Russian Amerika Latin dan Turki.

Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Brazil, Turki dan Lebanon dijangka menentang langkah seterusnya ke atas Iran.

Kenyataan itu juga menyatakan Najib bersetuju supaya Iran dihantar satu mesej yang jelas serta menyatakan kerajaan Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika di Afghanistan melalui latihan polis, ketenteraan dan pengurusan sivil.

MENYOKONG NAJIB BERERTI MENYOKONG AMERIKA DAN ISRAEL.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/