Seminggu berkampong di Hulu Selangor, hampir setiap malam saya turut berceramah. Bermula di Batang Kali, Bukit Beruntung, Taman Widuri, Stadium Kuala Kubu Baru dan malam terakhir di Bukit Sentosa.
Saya diminta oleh pimpinan amk pusat untuk dedah kes Fairus.
Ini adalah satu dari 10 laporan kes terhadap Fairus.
Fairus tanpa perasaan malu dan rasa bersalah telah meminta tauke kuari agar membiayai kos lawatannya ke
Ketika itu, Fairus mengiringi Timbalan Ketua Menteri 2 Prof. Dr Ramasamy yang dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur.
Kunjungan beliau dibuat tanpa pengetahuan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan anggota exco kerajaan negeri dan lawatannya hanya disedari apabila beliau sudah berada di luar negeri.
Isu lawatan itu, kemudiannya telah dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.
Bahkan, perkara tersebut juga telah dibangkitkan oleh Pembangkang pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada 21 Julai 2008 sehingga 31 Julai 2008.
Lawatan kontroversi tersebut pernah disiarkan oleh portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Saya tidak guna wang negeri ke
Berikut adalah SMS Fairus (019-62337300) kepada tauke kuari:
SMS 1
23 Jun 2008
10.00 pagi
Good day. I’ve cheked the latest cost needed for the
Tauke kuari kemudiannya memaklumkan kepada Fairus, bahawa di Juru Bukit Mertajam, tidak terdapat cawangan Bank Islam. Justeru itu, Fairus menghantar SMS berikut yang disertakan nombor akaun Maybank miliknya.
SMS 2
23 Jun 2008
10.19 pagi
This is maybank acc no 16401468986970. Tq so much.
Tauke kuari kemudiannya telah memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun Maybank Fairus bernombor 16401468986970 pada 23 Jun 2008. ( Salinan resit bernombor 7474847 ( 246832) disertakan..
Namun, apabila isu itu mula heboh diperkatakan dalam media, terutamanya apabila bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat membangkitkan dalam media berkenaan penyelewengan dan rasuah kuari, yang membabitkan dua pemimpin keADILan ( tidak disebut nama ) Fairus mula terasa bahangnya.
Seumpama ‘siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya’, Fairus mula berdalih kononnya wang yang diterima adalah pinjaman.
Justeru itu, pada 6 Mac 2009, jam 8.50 pagi, Fairus telah menghantar SMS kepada tauke kuari yang cuba menafikan kononnya, wang diterimanya sejak 9 bulan lalu adalah pinjaman.
SMS 4
6 Mac 2009
8.50 pagi
Greeting, pls sms me your details for me to repay back the loan that you gave me before. I have been trying to call you so many times already for so long but cannot get you. I want to repay back the loan. Pls assist.
Salahlaku Fairus ini boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan korupsi.
Rumah saya dikepong oleh SPRM dan saya di soal siasat selama 10 jam di pejabat SPRM Butterworth.
bersambung.....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/