Surat bertarikh 16 Ogos 1999.
Surat rasmi dari Mahatdhir selaku PM Malaysia dan Presiden Umno pada masa tu,antara lain isi kandungan mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak"PM Israel pada masa itu dan juga dalam surat itu Mahathir memohon bantuan kewangan dari Israel untuk Parti Umno menghadapi Pilihanraya.
Sebelum ini kita dah lihat bagaimana Najib bersetongkol dengan Yahudi, rujuk sini Bukti Najib bersetongkol dengan Yahudi, Namun surat ini membuktikan hubungan Kerajaan dengan Israel sudah terjalin semenjak zaman Mahathir lagi.
Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya.
Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu.
Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10.
Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!
Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.
Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa makna semua ini?
Sebab itulah bendera Israel boleh berkibar megah di bangunan UMNO di PWTC.
Memang sah 1 Malaysia 1 Israel. 1 undi untuk UMNO dan BN bermakna 1 peluru untuk rakyat Palestin.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
6 hours ago