SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, April 13, 2010

Speaker beri amaran keras kepada Pasir Salak

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional supaya tidak lagi mengganggu Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada DAP.

Katanya beliau telah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Anggota Parlimen Ipoh Barat yang menerima pandangan saya itu secara positif dan beliau kemudiannya bersetuju supaya tidak mendesak agar Anggota Parlimen Pasir Salak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Pandikar Amin juga berkata beliau menerima surat daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mahu merujuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat dakwaan kononnya beliau memiliki saham syarikat yang berkaitan dengan judi.

"Saya belum memanggil kedua-dua Anggota Parlimen terbabit untuk tindakan sewajarnya tetapi untuk integriti Parlimen, saya minta kerjasama semua Anggota Parlimen supaya bila berhujah, kawallah sedikit emosi. Jangan lempar hujah yang menyakitkan hati kawan," katanya. - BERNAMA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/