SharpShooter Followers

Tuesday, August 03, 2010

Mat Sembab selar Najib 1 Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa slogan 1 Malaysia telah gagal mencapai matlamat untuk menyatukan rakyat negara ini.

“Saya bersetuju dengan pandangan beliau (Dr Mahathir). Kami tidak mengatakan bahawa dalam tempoh satu tahun setiap orang akan faham slogan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh perdana menteri, tetapi saya yakin bahawa mereka mungkin faham.

“Saya percaya bahawa ramai yang belum memahami dengan mendalam makna 1 Malaysia,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mengenai pembangunan belia di Perdana Putra di sini.

Bagaimanapun Muhyiddin mempertahankan slogan 1 Malaysia sambil menjelaskan bahawa orang ramai memerlukan lebih masa untuk memahaminya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menambah, sesetengah kumpulan dengan sengaja mensabotaj pelaksanaan konsep 1 Malaysia.

“Bagaimanapun ada kecenderungan di mana pemahaman dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu, walaupun dijelaskan oleh perdana menteri bahawa 1 Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan negara kita.

“Apa jua tafsiran, ia tidak harus lari daripada semangat perlembagaan seperti hak Bumiputera, Bahasa Malaysia, kebudayaan, agama dan raja.

Kata Muhyiddin, memandangkan konsep 1 Malaysia adalah sesuatu yang dinamik, bukannya statik, sudah tentu ada orang yang akan membuat tafsiran mengikut kepentingan mereka.

“Jadi, langkah harus diambil oleh kerajaan untuk memberi penjelasan dan mengadakan program bagi membenarkan orang ramai memahami apa itu 1 Malaysia,” katanya lagi.

Semalam, Dr Mahathir berkata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” kata bekas perdana menteri.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera.

Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera.

Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan.

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009.

Pada Mac lalu, kajian Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan konsep 1 Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya.

Kajian yang dibuat jabatan itu mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1 Malaysia, namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu.

Sharpshooter :- Akhirnya rakyat juga dipersalahkan bila tak faham konsep 1 Malaysia 1 Israel. Adakah mereka fikir rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan dari DULU, KINI DAN SELAMANYA.?

Mat Sembab kini mendapat sokongan kuat dari Che Det untuk jatuhkan rejim Rosmah Najib. Masa cuti Rosmah Najib digunakan sebaik mungkin oleh Mat Sembab untuk jatuhkan rejim Rosmah Najib. Mat Sembab berangan-agan akan menjadi PM yang baru. "I have a dream..."

Semua rakyat tahu slogan hanya ikut keadaan politik. Bila BN hilang sokongan Melayu pada PRU 10 tahun 1999, Che Det terpaksa berhenti dalam keadaan menangis yang disaksikan oleh seluruh dunia.

Bila Pak Lah ambil alih, Pak Lah terpaksa memperkenalkan Islam Hadhari hanya semata-mata kerana mahu tarik semula sokongan orang Melayu pada BN.

Pada PRU 11 tahun 2004, Pak Lah senyum paling lebar di dunia sebab BN menang besar. Keadilan hampir terkubur bila hanya Kak Wan sahaja yang berjaya mempertahankan kemenangan Keadilan di Permatang Pauh.

Malangnya nasib Pak Lah "siang mengantuk malam berjaga...mencari Jin di mana ada...Pak Lah dah kahwin dengan Jin tua.."

Che Det terus menyerang Pak Lah hingga Che Det keluar UMNO. Khairy menantu hantu menjadi bebanan buat Pak Lah.

Harapan tinggi rakyat kepada Pak Lah lebur bila Pak Lah dilihat PM yang paling lemah yang pernah dilahirkan Malaysia.

Pada PRU 12 tahun 2008, sejarah tercatat di Malaysia bila Pakatan Pembangkang (Pakatan Rakyat) menang di Kelantan, Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor.

Desakan kuat Che Det dan Najib akhirnya Pak Lah terpaksa lepaskan jawatan dan diganti Najib suami puakanya Rosmah.

Najib terpaksa perkenalkan 1 Malaysia hanya semata-mata untuk tarik undi kaum Cina dan India yang telah memberi sokongan luar biasa pada Pakatan Rakyat.

1 Malaysia akhirnya tercemar dengan isu APCO menjadikan 1 Malaysia 1 Israel. Ini diakui sendiri oleh senatak raja sesumpah.


Kini Che Det bergabung pula dengan Mat Sembab untuk jatuhkan rejim Rosmah Najib setelah laporan risikan tentera, SB dan sebagainya melaporkan BN akan tumbang pada PRU 13.

Inilah yang amat merisaukan Che Det dan Mat Sembab, sebab mereka tahu segala rahsia mereka akan terbongkar jika Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/