SharpShooter Followers

Monday, August 02, 2010

Polis 1 Malaysia 1 Israel mengganas petanda UMCO akan tumbang


Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Seri Chua Jui Ming menyifatkan tindakan Polis menyerbu ceramah Pakatan Rakyat di Rengit, Batu Pahat mengesahkan betapa negara ini sudah menjadi negara polis.

Ia berikutan sekurang-kurangnya 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas ceramah dan menghalau ribuan rakyat daripada mendengar ceramah itu.

Serbuan pula dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di pentas itu.


Beliau menganggap perkembangan ini membuktikan UMNO di Johor semakin kalut dan panik dengan kemaraan deras Pakatan Rakyat di Johor.

Katanya, tindakan polis pula melampaui batas dan melangkaui gelagat penjajah Britih pada masa lalu.

“Saya kesal sama sekali. Negeri ini dulu ada demokrasi di Johor. Pada zaman penjajah British, (Datuk) Onn Jaafar mengumpulkan orang-orang Melayu di Johor di Batu Pahat pada 1946. Polis di bawah penjajah British tidak menghalang, tidak memerintah mereka bersurai, tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka.

"Akan tetapi, bawah UMNO sekarang yang korup dan angkuh, mereka tidak benarkan walhal Brirish sebagai penjajah memberikan laluan kepada orang Melayu berhimpun di Batu Pahat.

"Kali ini, di Batu Pahat juga kumpul beribu-ribu orang tidak dibenarkan dan diancam dengan FRU yang begitu ramai,” katanya ketika dihubungi.



Peguam Pakatan Rakyat - En Hassan Karim dan Latefa koya di tapak lokasi ceramah Markas Pas Sungai Tongkang,Rengit.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang berada di lokasi ceramah berkata keadaan menjadi tegang selepas pihak polis menyerbu dan merampas mikrofon, pembesar suara serta mengoyakkan kain pemidang di atas pentas ceramah.

Mereka turut menahan beberapa orang aktivis parti yang didakwa menghalang tindakan pihak keselamatan tersebut.

"Keadaan agak tegang dan beberapa orang aktivis parti telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Tetapi orang ramai masih menunggu dan tidak berganjak daripada tapak ceramah untuk menunggu ketibaan Ketua Umum," katanya semalam.

Beberapa pepimpin KEADILAN berada di kawasan ceramah ketika serbuan termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Penerangan, Latheefa Koya.


Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Johor, Ahmad Anwar Asyraf melaporkan anggota polis dan FRU serta anggota polis yang berpakaian preman dilihat mula berkumpul di sekitar Markas PAS Cawangan Sungai Tongkang semenjak petang semalam.

Mereka turut meletakkan pita dan kon keselamatan sepanjang lebih satu kilometer bagi menghalang orang ramai meletakkan kenderaan dan menghadiri program ceramah yang dianjurkan.

Turut kelihatan juga sebuah trak pemancut air yang diletakkan berhampiran dengan tapak ceramah.

"Kira-kira 4,000 orang telah berhimpun dan gangguan tersebut bermula sebaik selepas doa selamat dibacakan," kata Ahmad.

Dalam serbuan itu yang dibuat kira-kira pukul 12.30 pagi polis menahan tujuh lelaki.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Sementara itu mereka yang ditahan telah dibebaskan pada pukul 3 pagi tadi dengan jaminan bon oleh lima penjamin.

Tiga daripada mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 13 Ogos depan manakala empat lagi pada 1 September di mahkamah yang sama.

Dua daripada yang ditangkap bercadang membuat laporan polis hari ini kerana mendakwa telah dipukul anggota keselamatan.

Stor markas PAS Batu Pahat juga dikatakan telah dipecah masuk dan barang dirampas.

Sharpshooter :- UMNO UMCO Kerajaan rejim Rosmah Najib tahu bahawa laporan semua unit risikan samada risikan tentera, risikan SB dan sebagainya, mereka akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.

Mereka tidak ada pilihan sebenarnya melainkan menggunakan cara kekerasan, memujuk dan pecah belahkan Pakatan Rakyat.

Sebab itu di Johor dan Melaka ceramah Pakatan Rakyat dihalang pada hari Sabtu. Kemudian polis barua umco bertindak ganas dan menahan aktivis demo anti ISA di Kuala Lumpur dan P.Pinang serta di Perak.

Isu Kerajaan Perpaduan bersama PAS sengaja didendangkan semula semata-mata untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

Manakala Anwar terus dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan - ejen Yahudi, ejen Israel, ejen Amerika, ejen Cina, ejen India, sebab itu dalam perjumpaan Reformis di rumah Bapa Anwar di kajang kelmarin, Anwar sempat berjenaka katanya saya adalah Jame Bond 007.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/