AKHIR-AKHIR ini Polis RAJA Di 1 Malaysia 1 Israel bertindak tegas menghalang ceramah Pakatan Rakyat dan juga menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah berkenaan.
Tindakan itu bukan saja setakat minta bersurai dengan lound speaker, tetapi ada yang ditangkap dan disumbatkan ke dalam balck maria. Apakah selepas ini akan ada yang dihadap ke mahkamah atas tuduhan menghadiri perhimpunan haram?
Terbaru kejadian upacara membakar lilin sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di beberapa tempat malam tadi telah 'diganggu' polis. Polis bertindak tegas menghalang orang ramai menghadirinya.
Di Petaling Jaya 30 orang yang menghadiri majlis itu ditangkap. Begitu juga perhimpunan di Penang, Ipoh dan Kota Bharu juga turut dihalang.
Semalam Himpunan Keluarga Felcra di Pasir Salak, Perak juga dihalang dan diganggu oleh polis. Lebih 30 orang telah ditangkap. Jalan menuju ke tapak himpunan disekat polis. Sebelum daripada itu ceramah membabitkan Anwar Ibrahim di Rengit, Johor juga diganggu polis dan ada yang kena tangkap.
Nampaknya polis sudah kembali mengganas dan jahat semula. Sewaktu Pak Lah jadi PM perangai polis nampak elok dan baik sedikit. Pak Lah memberi ruang luas kepada pembangkang. Masa itu tidak berlaku polis menyekat orang ramai menghadiri ke tempat ceramah pembangkang.
Perangai polis di zaman Che Det yang dibenci dan dicemuh dulu lenyap seketika bila Pak Lah jadi PM. Kini setelah Pak Lah tidak menjadi PM, Zaman Rejim Rosmah dan Najib yang sedang bercuti, polis 1 Malaysia 1 Israel tiba-tiba seolah-olah dirasuk jembalang puaka.
Apakah sikap tegas polis 1 Malaysia 1 Israel yang kelihatan rakus dan kejam ini menandakan pilihan raya sudah hampir tiba. Ataupun keadaan rejim Rosmah Najib kini benar-benar terdesak.
Apakah sokongan rakyat kepada rejim Rosmah Najib sudah berkurangan. Ataupun slogan 1 Malaysia tidak memberi apa-apa bekasan melainkan digunakan oleh para peniaga dan pembodek politik saja bagi mengasyikkan rejim Rosmah Najib semata-mata?
Tindakan kasar dan tegas polis 1 Malaysia 1 Israel kepada Pakatan Rakyat hanyalah menguntungkan Pakatan Rakyat. Tindakan menghalang ceramah Pakatan Rakyat dan menangkap orang berhimpunan boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan rejim Rosmah Najib. Ia menambah burukkan lagi imej rejim Rosmah Najib sebagai PM yang kononnya mengutamakan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Dunia sekarang mengamalkan dasar langit terbuka, mendaulatkan kebebasan bersuara, namun rejim Rosmah Najib nampaknya mahu terus mahu mengunci mulut rakyat.
Mungkin mulut rakyat boleh dikunci, tetapi hati rakyat tidak ada siapa dapat memenjarakan mereka. Tubuh boleh dipenjara tetapi minda mereka tetap akan memprotes kerajaan rehim Rosmah Najib. Sepatutnya rejim Rosmah Najib melawan Pakatan Rakyat dengan hujah dan fakta bukan auta dan kekerasan.
Rejim Rosmah Najib akan dikuburkan pada PRU 13...InsyaAllah...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
PAS langkaui retorik.. DAP isytihar PAS musuh utama
-
*1. Perjuangan PAS langkaui segala batas retorik dan deklarasi *
Kandungan
-Prinsip Islam sebagai teras perjuangan. -Pentadbiran Negeri-negeri dengan ...
18 hours ago