SharpShooter Followers

Tuesday, November 27, 2012

Hebat umporno..dengar ceramah "Sivaji The Bos" pun kena pecat.


azlanSehubungan itu, bagi isu ini, Exco Pemuda PAS Labuan, Mohd Faris Abdullah yang juga merupakan koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali (foto-kiri) pada 29 November ini.


Jangan marah bila dengar berita seumpama ini...itu tanda umporno buang tebiat nak mampos..

Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.

Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.

"Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang.  Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja denan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.

"Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.

"Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya," kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini.

Qatrun memberitahu lagi, beliau menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember ini.

Katanya lagi, rayuan juga telah dibuat kepada JAWI pada 19 November lalu bagi mempertimbangkan tindakan beliau dipecat.

"Saya buat rayuan pada 19 November supaya tindakan itu dipertimbangkan dan minta mereka (JAWI) beri tunjuk sebab kenapa saya diberhentikan tetapi mereka hanya membalas surat itu dengan memberitahu JAWI boleh memberhentikan perkhidmatan tanpa memberi sebab seperti syarat-syarat yang diberi sebelum menjadi guru sementara," katanya lagi sambil menambah beliau aktif dengan sebuah NGO.

Selain itu, Mohd Faris berkata, disebabkan kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini, ia menguatkan dakwaan bahawa jabatan itu telah dipengaruhi oleh kepentingan politik sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

"INSAN juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/