Bakal Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus difitnah dan diaibkan yang dijangkakan lebih teruk lagi agar menghilangkan keyakinan rakyat yang semakin yakin Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya.
Perancangan rapi yang tersusun menggunakan pelbagai cara dan teknik propaganda dan psywar akan dilakukan termasuk menggunakan media UMNOBN bagi melaksanakan agenda jahat tersebut.
JINGGA 13 meminta agar seluruh pendokong Pakatan Rakyat dan rakyat bersiap sedia untuk berdepan dengan pelbagai perancangan kotor lagi menjijikkan yang bakal mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
PRU 13 adalah merupakan 'mati hidup' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNOBN yang berdepan dengan krisis keyakinan rakyat . Ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan UMNO beberapa tahun lalu perlu diberikan perhatian bahawa "akan pertahankan Putrajaya dengan apa jua keadaan termasuk nyawa " adalah bukti bahawa mereka akan menggunakan apa jua cara bagi memastikan UMNOBN akan terus mampu mewujudkan kerajaan selepas PRU 13.
Tindakan desperado UMNOBN akhir-akhir ini memungkinkan segala perancangan yang diatur sebagai 'peluru' di saat akhir , pasti akan mewujudkan suasana pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah PRU negara. Suruhanjaya Pilihanraya , Polis DiRaja Malaysia , media UMNOBN akan menjadi alat perkakas bagi merealitikan agenda mereka.
JINGGA 13 juga meminta semua pihak jangan megeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan serta bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama yang boleh dijadikan bahan untuk diputarbelitkan sebagai menjayakan propaganda UMNOBN.
Muafakat Ke Putrajaya !
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone