SharpShooter Followers

Friday, November 23, 2012

Utusan disaman lagi kerana fitnah


Nurul Izzah Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah dan memutar belit kenyataannya berhubung isu kebebasan beragama pada sebuah forum awal bulan ini.
Naib Presiden KEADILAN itu hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersama peguamnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin.

Selaku plaintif, beliau menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, masing-masing defendan pertama dan kedua.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menuntut akhbar kawalan Umno itu memohon maaf, mendapat perintah menghalang defendan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah, gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk serta kos mahkamah.

Hadir sama, Pengarah Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong.
5 November lalu, Utusan pada muka depannya memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.

Laporan tersebut bertajuk “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah”.
Menjelaskan kedudukan sebenar, Izzah dalam kenyataan berkata, sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepadanya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

“Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256.

Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
“Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” katanya.




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/