SharpShooter Followers

Monday, November 26, 2012

Himpunan Video dan gambar Anti Lynas ke Dataran Merdeka

Sekumpulan MP hari ini hadir ke mesyuarat rakyat bersama aktivis Himpunan Hijau dan menyokong tiga resolusi yang dikemukakan - antaraya mendesak kerajaan supaya membatalkan segera projek loji nadir bumi Lynas.

Resolusi berkenaan dibacakan seorang akvitis, Zamri Zanal dalam mesyuarat yang bermula pada kira-kira jam 9.15 pagi ini. Selain itu mereka juga menuntut pemberhentian atau penilaian semula terhadap segala projek yang didakwa memudaratkan, termasuk lombong di Bukit Koman, kabel bervoltan tinggi di Rawang, Rapid di Johor dan rampasan tanah orang asal.

Satu lagi tuntutan berkenaan menggariskan bahawa kerajaan perlu merancang pembangunan dengan mapan, dan sejajar dengan prinsip piagam bumi. Seramai 13 MP berkenaan yang duduk bersama-sama peserta Himpunan Hijau dalam mesyuarat berkenaan – bersetuju sebulat suara dengan resolusi tersebut.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara 20,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan tiba di Dataran kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu.
Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan perarakan.

Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan “Hentikan Lynas” sepanjang perjalanan.

Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar,  turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang membunyikan hon.

Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini.
“Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok,” katanya di petik dari Malaysiakini.

Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.

Media melaporkan, hampir 100  pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.


Gambar ehsan FB Yuisri Yus, FB Azman MatNoh dan Malaysiakini



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/