SharpShooter Followers

Tuesday, November 27, 2012

Pecat guru taktik terdesak umporno

Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pemecatan guru sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merupakan taktik kotor Umno untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat.


“Memberi ceramah dan mendengar ceramah adalah amalan biasa dalam negara yang mengamalkan konsep demokrasi.

“Apakah Umno BN tidak faham apa itu demokrasi yang mereka sendiri sering sebutkan? Sedangkan hadir ke program ceramah merupakan hak rakyat dan ia tidak sepatutnya dinafikan.

“Inilah Umno BN, cakap tak serupa bikin. Tak cukup di Semenanjung, di Borneo dan Labuan pun mereka nak buat kacau,” katanya ketika dihubungi.

Abas berkata, selain dipecat, ada kemungkinan sebilangan kakitangan kerajaan dinafikan kenaikan pangkat kerana sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

“Ugutan dan pemecatan adalah usaha kerajaan untuk mengawal dan memastikan kakitangan tidak beralih sokongan, walaupun hakikatnya mereka sebenarnya menyokong kita.

“Taktik ini akan berterusan digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat,” tegasnya.
Guru berkenaan, Qatrun Nada Laftfi merupakan kakitangan sementara Jawi, dan bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Labuan.

Beliau menerima notis pemecatan sebulan berkuatkuasa 1 Disember ini, kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. Bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lepas.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober.

Qatrun Nada merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut air bersih di UMS Labuan pada 2009.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Milo Panas's avatar

Milo Panas · 643 weeks ago

Sebenarnya kita patut tinggalkan pekerjaan yg dibayar gaji oleh pemerintah yg bukan dr parti sokongan kita. Buat apa nk makan gaji dgn parti yg berlainan ideologi dgn kita.
ini kaki lah's avatar

ini kaki lah · 621 weeks ago

parti dan kerajaan adalah 2 benda yg brbeza... dh lama kpemikiran kita dijajaholeh umno sampaikan benda ni pun tk tau nk beza... milo panas lepas ni boleh buka kamus dewan bahasa. jgn jadi bodoh

Post a new comment

Comments by