SharpShooter Followers

Friday, November 02, 2012

Tangguh AES - Jingga 13 rakam tahniah kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Jingga 13 Selangor merakamkan jutaan TAHNIAH kepada keputusan yang dibuat oleh YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar Negeri Selangor , di atas tindakan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatikb ( AES ) termasuk negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah sebagai tanda kesungguhan dan komitmen kepada rakyat yang pastinya memberikan kesan khususnya kepada para penguna jalanraya di negeri-negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Rakyat negeri Selangor khususnya dan negeri-negeri di bawah pentadbiran PR sudah pasti menarik nafas lega terhadap keputusan tersebut yang ternyata Pakatan Rakyat lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding sikap yang diambil oleh Kerajaan UMNOBN yang terus menekan rakyat tanpa memikirkan kesan dan tekanan kehidupan rakyat yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup serta kenaikan harga barang .

JINGGA 13 juga turut mendesak agar Menteri Pengangkutan bersikap prihatin terhadap tindakan tersebut dan langkah perlaksaan AES perlu dikaji semula dan ianya bukan alternatif untuk membendung salahlaku para pengguna jalanraya tetapi sebagai langkah mengaut keuntungan daripada jerit perih rakyat melalui perlaksanaan tersebut melalui dua konsesi yang diberikan kontrak melaksanakan satu projek yang bertujuan menjerut leher rakyat.

JINGGA 13 Selangor bersetuju terhadap usaha bantahan perlaksanaan AES dan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia menolak UMNOBN dalam PRU 13 bagi memastikan "PROJEK KERAJAAN UMNOBN " tersebut dibatalkan demi kebaikan rakyat.

Muafakat*Prihatin*Berani

AFZAINIZAM ABDUL RAHMAN
Koordinator JINGGA13 Selangor
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone