SharpShooter Followers

Thursday, November 15, 2012

JINGGA 13 DESAK KERAJAAN UMNO HENTIKAN HUBUNGAN PERDAGANGAN DAN AKRAB DENGAN ZIONIS ISRAEL

Sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 hijrah , seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zoinis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh .

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut , melakukan kezaliman , membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak , orang tua dan wanita .

Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.

Kerajaan UMNOBN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam hubungan perdagangan bersama Zionis Israel , termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan UMNOBN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

JINGGA 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan , nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.

Sikap hipokrasi Kerajaan UMNOBN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestine tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palastine melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif sepertimana yang pernah JINGGA 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di Westport,Pelabuhan Klang .
Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan UMNOBN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone