SharpShooter Followers

Sunday, November 11, 2012

JINGGA 13 NIBONG TEBAL SELAR TINDAKAN TOK NON

LAGI JANJI DICAPATI  BARISAN NASIONAL

                           Penduduk Rumah Pangsa Taman Desa Jawi, Seberang Perai Selatan kecewa dengan hasil kerja-kerja mengecat daripada Kontraktor ICU Construction kerana rumah mereka hanya disapu UNDERCOAT PUTIH sahaja dan tidak munasabah dengan Peruntukkan RM2 juta yang dicanang-canangkan Barisan Nasional Nibong Tebal. Alasan yang diberikan adalah Kontraktor tidak mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Rumah Pangsa Taman Desa Jawi adalah salah satu daripada 2 buah Rumah Pangsa dibawah Penyelenggaraan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi FAKTANYA ialah bukan Kerajaan Negeri yang tidak memberikan kerjasama tetapi Penduduk Rumah Pangsa ini sendiri yang TIDAK BERPUAS HATI dengan cara kerja Kontraktor yang telah dilantik. 
Ini terbukti apabila Majlis Perasmian dan Penyerahan Replika Cek RM2 juta kepada Kontraktor terpilih iaitu daripada ICU Construction tidak mendapat sambutan daripada Penduduk Rumah Pangsa Taman Desa Jawi sendiri dan kehadiran hanyalah dihadiri oleh beberapa orang sahaja sedangkan Majlis diadakan bagi tujuan Merasmikan dan Meraikan Projek Mengecat Rumah Pangsa mereka, ini kerana mereka tidak berpuas hati dengan hasil kerja daripada Projek ini. 
                        Antara perkara yang menyebabkan Penduduk Rumah Pangsa berasa tidak puas hati terhadap kontraktor dari ICU Construction ini adalah kegagalan mereka  mengeluarkan  NOTIS AMARAN sebelum memulakan  kerja-kerja membersih dan mengecat dijalankan sehingga apabila kontraktor menyembur air bagi kerja-kerja mencuci banggunan sebelum kerja-kerja mengecat dibuat sehingga menyebabkan air semburan masuk kedalam rumah seterusnya merosakkan barang-barang perabot didalam rumah terutamanya BARANGAN ELEKTRIK sehingga mengalami kerosakkan dan pihak Kontraktor tidak mengendahkan langsung tuntutan gantirugi penduduk malahan kontraktor menyalahkan FAKTOR Kerajaan Negeri yang menyebabkan kerja-kerja mengecat tidak dapat diteruskan. 
Mengapakah Dato' Zainal sebagai individu yang bertanggungjawab MENYELIA Projek ini tidak mengambil tindakkan terhadap Kontraktor yang telah dilantik Beliau? Apakah ICU Construction mempunyai KEPENTINGAN buat Barisan Nasional? Siapakah Orang Kuat ICU Construction? ADAKAH PERUNTUKKAN RM2juta HANYA RETORIK PILIHANRAYA? Ataupun PROJEK PENYELENGGARAAN DAN MENGECAT PERUMAHAN BERTINGKAT INI HANYA BERTUJUAN MEMANCING PENGUNDI SEBELUM PRU-13? Inilah FENOMENA Barisan Nasional apabila menjelang Pilihanraya Umum dan sifat menabur JANJI YANG AKHIRNYA DICAPATIKAN. 
JINGGA 13 NIBONG TEBAL AKAN SENTIASA MENJEJAK, MENYIASAT SERTA MENERJAH DAN AKHIRNYA MEMBONGKAR agar RAKYAT TIDAK AKAN TERUS MENERUS DICAPATIKAN OLEH PEMIMPIN BARISAN NASIONAL.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/