Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang
kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang
dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga
balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri
kabinet.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap
pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya
menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.
"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya
bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu
beritahu saya.
"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim
Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri,
bukan anak saya," kata Nazri kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.
Nazri dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang
menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila
anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia.
"Apa salah dia, cuba beritahu saya? Dia bukan menteri. Mana ada kepentingan. Dia anak saya," katanya lagi.
Beliau enggan mengulas apabila ditanya jika Hummer yang digunakan Nedim adalah milik Chia.
Beliau
memberitahu wartawan bahawa beliau tidak perlu berkata apa-apa,
berikutan pendedahan Rafizi, pemimpin PKR itu tidak dapat membuktikan
apa-apa yang melibatkannya.
"Pergi tanya anak saya, saya tidak boleh cakap bagi pihak dia. Saya tak tidur dengan dia, dia ada isteri, ada anak.
"Apa yang dia buat, saya tidak tahu. Saya kenal Michael Chia, tapi apa salahnya?" katanya lagi.
Nazri
baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa ketua menteri Sabah Datuk
Musa Aman telah dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah selepas badan
pencegah rasuah di Malaysia dan Hong Kong mendapati bahawa "dana
politik" berjumlah RM40 juta itu diseludup ke Malaysia pada tahun 2008
bukan untuk kegunaan peribadi Musa tetapi untuk Umno Sabah.
"Saya masih lagi menteri, kawan. Ini tidak akan sakitkan saya. Saya tidak akan terjejas dengan politik kotor ini," katanya.
Tetapi
Nazri tidak bercadang untuk menyaman Rafizi dari dakwaan ini, dengan
berkata fitnah ini tidak akan menjejaskan nama keluarganya, dan berkata
pemimpin PKR itu tidak ada kredibiliti.
"Saya seorang yang kaya, berkuasa, kacak dan berharta, apa boleh saya buat?
"Saya
tidak kisah, saya popular, seperti bintang filem. Seperti selebriti,
bukan seperti pelakon tempatan tetapi peringkat Hollywood. Jadi saya tak
boleh buat apa-apa jika mereka mahu ikut saya," katanya lagi.
Sebelum itu Rafizi mendedahkan Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit
dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah. Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis
Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.
“Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
“Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan ia
milik Michael Chia atau Chia 0tien Woh (670406-12-5261),” jelas Rafizi.
Menurut Rafizi, berdasarkan pemantauan, kereta tersebut kebiasaannya
dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim di antara kediaman beliau
di Clearwater Residence, dan kedai miliknya di Bangsar Shopping Complex.
Beliau turut menunjukkan beberapa gambar bukti kenderaan tersebut
diparkir di kawasan kondo bersama pemandu dan pengawal peribadi Nedim.
Selanjutnya Rafizi berkata, dalam keadaan Chia disiasat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kenyataan Nazri yang bermati-matian
mempertahankan taikun balak itu pasti menimbulkan konflik kepentingan
dalam skandal RM40 juta.
Chia adalah individu utama dalam skandal penyeludupan wang haram RM40
juta kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ditahan
Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 2008 berhubung
perkara itu.
Nazri sebelum ini berkata di Parlimen, Musa dibebaskan dari tuduhan
rasuah selepas pihak berkuasa di Malaysia dan Hong Kong mendapati RM40
juta yang didakwa cuba diseludup Chia ke Malaysia bukan untuk Musa,
sebaliknya untuk Umno Sabah.
“Beliau adalah Menteri Undang-undang…(tetapi) jadi peguam dan pembela nombor satu kepada Michael Chia.
“Ia cukup untuk timbulkan keraguan bahawa ada unsur rasuah di antara
Nazri yang lindungi Michael Chia melalui kenyataannya, kerana tertuduh
(Chia) biayai kenderaan mewah yang digunakan anaknya,” kata Rafizi.
KEADILAN mahu Nazri memberi maklum balas sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
“Sebagai ingatan, beliau harus sedar bahawa penafian membabi-buta
kononnya beliau tidak tahu dengan urusan peribadi anaknya tidak diterima
rakyat.
“Setahun lalu, ada seorang menteri yang guna alasan serupa dan dia
terima hukuman politik. Masyarakat tidak lagi terima alasan sebegitu
rupa,” kata Rafizi merujuk Datuk Seri Shahrizat Jalil berhubung skandal
National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan keluarganya.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
15 hours ago