Suryani Abdullah lebam mata dan bengkak mata kerana didera |
Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa dera dan pukul diselamatkan selepas mangsa melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera, di sini semalam.
Mangsa, Suryani Abdullah, 21, ditemui jiran majikannya itu dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) kira-kira pukul 12 tengah hari. Suryani yang memasuki negara ini melalui agensi pekerja asing mendakwa dipukul di kepala, tangan dan muka kerana dikatakan tidak mematuhi arahan majikannya untuk bangun pagi.
"Majikan mengarahkan saya bangun awal pagi untuk melakukan kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, dia mengarahkan saya bangun pada pukul 5 pagi tetapi keesokannya saya penat dan terlajak tidur hingga pukul 7 pagi - Utusan
Bila sebut amah... semua orang tahu ianya adalah pembantu rumah dari Indonesia...yang peliknya bila sebut amah...maka teringat akan kes amah didera majikan, amah dirogol majikan, amah tidak dibayar gaji, amah dipaksa makan babi dan sebagainya oleh majikan.
Sebelum mereka datang ke Malaysia untuk bekerja, mereka membayangkan bahawa mereka mampu mengubah kehidupan mereka yang amat daif di Indonesia tetapi malangnya ada sebahagian mereka menerima nasib yang begitu malang sekali.
KASUS 1. Penderaan ke atas Nirmala Bonat (KL), majikan Tionghua telah menyimbah air panas ke badannya mengakibatkan dia mengalami kecederaan teruk dan parut-parut yang kekal di kulit.
Nirmala juga mendakwa telah dipukul dan diketuk oleh Yim dengan cawan besi di bahagian dahinya beberapa kali sebelum dia melarikan diri ke bilik pengawal dan melaporkannya kepada pihak polis.
Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang
dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Yim, 41, bekas pramugari, telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Nov, 2008 setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan Nirmala.
Hukuman penjara terhadap ibu kepada empat anak berusia empat hingga 11 tahun itu bagaimanapun dikurangkan kepada 12 tahun setelah Mahkamah Tinggi menerima rayuannya pada 3 Dis tahun lalu.
Mahkamah juga membenarkan Yim menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. Dia dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan mencederakan Nirmala di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini antara Januari dan Mei 2004
Sambungannya di sini .
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/