SharpShooter Followers

Saturday, November 10, 2012

Pemuda umporno cuba jadi hero isu Roboh binaan 'haram' di Sg.Gelugor

BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
 
SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.
 
Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.
 
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.
 
Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.
 
Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.
 
PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.
 
Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.
 
Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.
 
Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.
 
2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran. 
 
Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.  
 
Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''. 
 
Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.
 
2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .
 
2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.
 
2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis  telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.
 
2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.
 
2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.
 
2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis. 
 
Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.
 
2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009. 
 
Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan. 
 
Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.
 
2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.
 
2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.
 
2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan  tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.
 
2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.
 
2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.
 
2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. 
 
Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam  lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.
 
Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.
 
Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka. 
 
Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.
 
"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Rumah org kampung pun korang kacau..... Kesian makcik warga emas tuuuu.... Income makcik tu berapa la sgt bulan2.
Walaupun aku bukan org UMNO, tp aku mmg x setuju la tindakan mcm ni diambik......
Kalau tak buat cam tu, nanti akan jadi ikutan, lagi teruklah keadaan utk dikawal...ada paham????
Aku kurang bersetuju dgn tindakan MPPP meskipun mereka telah mengikut SOP. Namun, persoalan timbul mengapa tuan rumah tidak menghantar pelan, meskipun telah menerima notis dan bantuan cmpurtangan Adun DAP ?
makcik tu tak berkerja mendapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat tinggal dengan anaknya OKU di rumah pusaka itu dan yang komplain hanya jiran sebelah nya yang bukan penduduk asal mendesak MPPP. Kalau nak di ambil kira bukan rumah kampung malah rumah di taman2 banyak yang tak ikut spesifikasi MPPP. Sewajarnya jiran nya tak perlu ego sangat apalagi nak berkampung disitu mencetuskan rasa benci penduduk kampung disitu. Kesalahan denda dah dibayar menyebabkan bangunan itu terbengkalai tapi hebatnya MPPP memecah bahagian hadapan rumah itu sehingga rumah itu tidak lagi berpintu dan untuk pengetahuan itu bukan rumah setinggan!!! Jirannya tentu gembira kerana kehebatan berundang2.

Post a new comment

Comments by