JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) menjelaskan status siasatan berkaitan afidavit yang telah diserahkan oleh Penyiasat Persendirian P Balasubramaniam melalui peguamnya, Americk Singh bagi menjawab 52 soalan yang dikemukakan SPRM pada 2 Julai 2010.
"Sehingga sekarang sudah dua tahun tiga bulan, bukan sahaja Balasubramaniam tetapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti reaksi dan tindakan pihak SPRM terhadap siasatan yang telah dibuat," kata Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Balasubramaniam telah memberikan kerjasama dan sanggup untuk tampil ke mahkamah tetapi, malangnya sehingga sekarang SPRM masih gagal menjelaskan sebarang reaksi dan tindakan.
Dalam suratnya bertarikh 2 November kepada SPRM, Balasubramaniam dilapor menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.
Balasubramaniam memberi amaran untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".
Dalam surat tersebut, yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.
Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.
Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan mendedahkan segala-galanya.
Sementara itu, Faizal berkata, JINGGA 13 yakin pendedahan tersebut akan memalukan negara di arena antarabangsa dan SPRM akan dilihat sebagai gagal dalam melaksanakan siasatan dan pendakwaan.
SPRM, kata beliau, seharusnya menjadi satu badan yang diyakini serta tidak dilihat dikuasai oleh 'tangan-tangan ghaib' yang menjadikan SPRM gagal berfungsi dalam mencapai objektif dan sasaran mencegah dan membanteras amalan rasuah.
1. PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/