SharpShooter Followers

Wednesday, November 21, 2012

Hong Kong sedia buka skandal RM40 juta semula

Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zervos sedia membuka semula kes siasatan terhadap skandal RM40 juta melibatkan Umno Sabah.

Dalam wawancara bersama Free Malaysia Today (FMT), Zervos berkata, beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) mengalu-alukan bukti baru terhadap kes itu.

Katanya, kerajaan Malaysia sebelum ini memaklumkan ICAC bahawa wang itu untuk 'sumbangan politik' hingga memaksa ICAC menghentikan siasatan kerana di luar bidang kuasa mereka.

"Wang itu dikatakan untuk 'sumbangan politik', kami tidak diberi maklumat selain itu untuk meneruskan siasatan," katanya dipetik.

Terdahulu, Zervos dalam emel kepada FMT, mengesahkan dana dalam akaun bank atas nama seorang warganegara Malaysia disyaki diwujudkan bagi pihak kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, pihak berkuasa Hong Kong menyekat dana itu menjelang akhir 2008 manakala ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bersama.

Siasatan itu dijalankan untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran terhadap Ordinan Pencegahan Rasuah Hong Kong.

"Kemudian, kerajaan Malaysia memaklumkan wang itu untuk sumbangan politik. Kerana tiada maklumat selain itu, tiada bukti untuk bawa kes ke peringkat seterusnya," katanya.

Justeru, dana RM40 juta yang disekat kemudian diserah semula pada akhir 2011.

Sebelum ini, Michael Chia yang rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.

Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa Aman tetapi pemimpin Umno terutama Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah.

KEADILAN kemudian mendedahkan Michael Chia menaja kenderaan mewah, Hummer kepada anak Nazri Aziz yang bermati-mati mempertahankan Michael Chia.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini berlepas ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan membuka siasatan kes itu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone