SharpShooter Followers


Wednesday, December 30, 2009

Ada orang nak penjarakan saya

Kerajaan Pulau Pinang semalam, membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur jahat dan fitnah di dalam laman blognya.

Laporan itu dibuat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik yang mewakili kerajaan negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Laporan itu merujuk artikel bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' dipaparkan di dalam blog http://duniatiger.blogspot.com mulai Sabtu lalu.

Ng juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, berkata artikel disiarkan dalam laman blog itu berunsur jahat dan berniat memburukkan imej kerajaan negeri.

"Artikel terbabit sengaja direka untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan ia pembohongan yang tidak berasas.

"Kami dapati tiada pekerja di Pejabat Ketua Menteri mengenali beliau (Ibrahim) selepas siasatan dilakukan dan perkara ini dipandang serius Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya.

Mengikut artikel itu, Ibrahim diugut seorang lelaki yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Inilah artikal "ADA ORANG NAK PENJARAKAN SAYA"

Ini pandangan seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng

Awak ingat RTM tu awak punya, atau UMNO yg punya ke, atau BN punya ker. RTM rakyat punya. Awak perlu berlaku adil. Jawatan awak untuk rakyat seluruh Malaysia, bukan untuk orang UMNO sahaja. Awak perlu jadi pengarah untuk orang umno, bn, pas, dap, pkr dll.

Awak ingat senang2 nak tuduh orang main bontotawak ingat senang2 nak tuduh orang cari publisitiawak ingat senang2 nak main isu perkauman dengan tanamkan kebencian pembaca awak terhadap orang Cina.Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini.

Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.

Lim Guan Eng kata dia amat kenal awak. Sama belajar di High School Melaka, tingakatan 5. Dia aliran sains awak aliran sastera. Awak bernasib baik sebab anak bumiputera masuk ITM, Mass Communication. Tetapi pelajaran awak di ITM pun tak ler hebat.Awak tu takder ler pandai mana pun. laporan mengenai diri awak sudah pun disiapkan untuk didedahkan kepada umum di dalam satu sidang media nanti di komtar, penang.

Sikap biadab dan prejudis seorang Ketua Pengarah RTM terhadap rakyat berbangsa Cina.-

dari kawan sekelas awak semasa di High School jugak. Saya kini di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

(Renungan Rimau : Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, saya juga bukan seorang yang rasis. Saya sayangkan negara ini. Saya tidak mahu negara ini huru-hara kerana angkara pihak yang ada kepentingan peribadi atau tertentu. Bagi saya, keamanan dan keharmonian adalah perkara utama tidak kira siapa yang menjadi pemimpin. Jika ada pemimpin yang suka menghuru-harakan negara ini dengan menabur pelbagai perasaan perkauman atau menyakitkan hati orang Melayu, saya akan menyuarakannya. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan bangsa Melayu ada maruah dan tidak dikotak-katikkan. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan negara ini sentiasa selamat dan aman. Biarlah saya hanya seorang saja yang akan menentang pihak yang kurang ajar tetapi saya sanggup demi maruah bangsa dan negara. Saya bukan peguam tetapi saya seorang wartawan yang cintakan bangsa dan negaranya. Seorang wartawan yang akan bersuara dan tidak takut dengan ugutan atau ancaman untuk memenjarakan saya. Apakah ahli politik saja yang boleh bersuara? Apakah wartawan tidak boleh menyatakan pandangan peribadi untuk memastikan negara ini sentiasa aman dan harmoni. Tidak payahlah membuat ugutan kerana saya juga pernah tidak ada kerja dan kehilangan kerja.Ia adalah satu proses dalam kehidupan. Seperti juga ahli politik yang adakalanya menang dalam pilihanraya. Kemudian kalah dan kemudian pegang jawatan. Ada yang naik dan ada yang turun. Biarlah kita bodoh tetapi kita adalah falsafah hidup. Bukan kerana jawatan kita sanggup menghalalkan matlamat. Rezeki ditentukan oleh tuhan. Percayalah. Jika tiada rezeki, nak buat apa. Saya sanggup menjadi satu-satunya orang Melayu yang berani bersuara. Yakinlah, saya tidak pernah rugi untuk menyatakan kebenaran. Orang lain, tidak tahulah.)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/