SharpShooter Followers


Tuesday, December 01, 2009

AMK P.PINANG YANG BARU MENGUTUK TINDAKAN PEMUDA BN

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang serius sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang dan tindakan biadap membakar foto Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang yang disasarkan untuk merendah-rendahkan kewibawaan kerajaan negeri di bawah pimpinannya. Tindakan mereka yang keterlaluan ini juga telah dianggap menghina Dewan Undangan Negeri yang sedang bersidang.

Perbuatan tersebut walaupun berlandaskan kebebasan bersuara, namun isu yang dibangkitkan begitu kolot & lupa sejarah. Norman selaku ketua Pemuda UMNO P.Pinang dan yang mengetuai Pemuda BN Pulau Pinang pada perhimpunan haram tersebut, sepatutnya membuka mata seluas-luasnya sebelum berdemonstrasi terutamanya mengenai isu yang dibangkitkan seperti isu bayaran pampasan kepada penduduk yang mana tanah tersebut akan dibangunkan.

Sebelum menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pa
katan Rakyat pada hari ini, AMK Pulau Pinang menyeru agar Norman menjawab terlebih dahulu bagaimana penduduk Kampung Sungai Batu di halau keluar seminggu sebelum sambutan aidilfitri 2006. Ketua AMK P.Pinang waktu itu Amizudin Ahmat berjuang bersama penduduk mempertahankan nasib mereka. Di mana UMNO & Norman ketika itu termasuk pecacai-pecacai yang hadir menyertai perhimpunan haram kelmarin hanya menjadi pengikut tanpa melihat fakta sejarah itu sendiri.

Adakah pelan pembangunan tanah-tanah penduduk ini berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang? Ianya sudah pastinya berlaku ketika zaman pemerintahan BN termasuk isu di Tanjong Tokong. Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang telah berusaha membantu penduduk Kg Buah Pala mengikut lunas undang-undang menerusi cara berunding dengan pihak pemaju hingga berjaya membela nasib penduduk di situ dengan mendapatkan bayaran pampasan yang tertinggi kepada mereka, jika dibandingkan dengan pampasan yang diperoleh oleh kerajaan negeri BN yang lalu kepada penduduk Sg Batu yang hanya sebanyak RM40 ribu sahaja.

Sekiranya Norman mahu menjadi jaguh
kampong mengenai isu ini, beliau perlu menjawab isu ini di Kampung Sungai Batu terlebih dahulu. Di mana Pemuda UMNO untuk membantu penduduk menerima pampasan yang setimpal daripada pemaju? dan di mana YB Syed Ameruddin selaku Exco Perumahan Negeri merangkap Adun Bayan Lepas pada waktu itu? Pemuda UMNO tidak lebih hanya berlagak umpama ayam sabung tetapi tak ubah bagaikan ayam piru yang riuh berbunyi.

AMK P.Pinang juga kesal dengan tindakan lewat pihak polis untuk meleraikan perhimpunan haram tersebut yang jelas menunjukkan layanan 'double standard' mereka ketika berhadapan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama juga, AMK P.Pinang amat kesal dengan laporan berat sebelah Buletin Utama TV3 bertarikh 30 November 2009 yang melaporkan kononnya demontrasi tersebut
dianjurkan oleh penduduk Kampong Buah Pala. Untuk membuktikan perhimpunan haram ini didalangi oleh pemuda BN, jelas dapat dilihat melalui beberapa kain rentang dan poster-poster yang telah disiapkan awal.

AMIR BIN HJ GHAZALI
KETUA AMK P. PINANG

Selepas sidang media di hadapan Dewan Undangan Negeri P.Pinang, AMK P.Pinang bersama Pemuda PAS dan Pemuda DAP terus ke balai polis Beach Street membuat paloran polis. Laporan polis dibuat oleh Azrizal Tahir bagi pihak AMK P.Pinang, manakala bagi pihak DAP dibuat oleh YB Eng Wei Eik dan PAS oleh Ustaz Yusni.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/