SharpShooter Followers


Wednesday, December 09, 2009

YB Shaari sokong cadangan Ustaz Asri

Hasrat Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk berdakwah dipusat hiburan seperti disko di Selangor mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai
pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Shaari Sungib bagaimanapun menyatakan sokongan beliau terhadap tindakan Asri itu dan menyifatkan pendekatan tersebut sebagai cara baru yang diperkenalkan.

Shaari menambah, pendekatan tersebut dilihat mampu memberi keinsafan kepada pengunjung pusat hiburan yang kebanyakannya terdiri daripada pengunjung Islam.

"Itu bagus,maknanya dari segi dakwah ini Rasulullah pun pergi berdakwah macam-macam tempat,” katanya.

Shaari berkata demikian ketika mengulas hasrat Asri untuk turun padang dan berdakwah dipusat-pusat hiburan termasuk disko di Selangor dengan bantuan kumpulan dakwah yang dilatihnya sendiri menerusi program dinamakan ulama turun padang.

Semalam Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan hasrat Asri yang mahu berdakwah di pusat hiburan sebagai langkah tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah.

Tamyes berpendapat sebagai individu yang menyebarkan ajaran Islam, pendakwah seharusnya menjaga maruah dan imej ketika menyampaikan berdakwah agar tidak dipandang serong masyarakat.

Bagaimanapun Shaari berpendapat usaha yang akan dijalankan Dr Asri itu sebagai satu langkah terbaik dalam membantu dan membimbing golongan muda terutamanya remaja Islam.

"Dakwah itu kreatif, bagi saya, saya tidak ada halangan dakwah itu kreatif asalkan prinsip-prinsip dakwah yang dah termaktub sebagai skop dakwah,pesuluh dakwah itu diperhatikan dengan betul.Dari segi wasilah dia punya skop,dia punya jalan-jalannya itu,kaedah-kaedah perlaksanaan itu berbagai-bagai,” katanya.

Namun katanya, peranan kerajaan sangat diperlukan dalam membetulkan kepincangan kawasan tempat-tempat maksiat sehingga menyebabkan ramai orang Islam terutamanya remaja sewenang-wenangnya berkunjung ketempat tersebut.

“Jadi maknanya menghalang lebih baik daripada mengubati sebelum berlaku orang Islam pergi kepusat-pusat maksiat hingga berbunuh-bunuh, hingga perlu berdakwah disitu maknanya perlu ada proses dan sistem untuk tidak menggalakan program pendidikannya,program berdakwah besar-besaran, program menjelaskan memujuk orang Islam tidak terjebak dengan maksiat,itu lebih penting sebab kita dah ada kerajaan dekat sana,” katanya.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/