SharpShooter Followers


Thursday, December 17, 2009

YB Pakatan Rakyat wajib beri penjelasan

CAKAP SALAH..TAK CAKAP PUN SALAH...

Kemenangan BN dan kekalahan tipis Pakatan Rakyat dalam sesi undian Bajet di Parlimen kelmarin telah mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi di negara kita.

Undian yang dilakukan dalam keadaan ramai MP kedua pihak yang ramai tidak hadir sidang. Ia menunjukkan betapa hadir sidang adalah perakara yang paling utama bagi seorang Ahli Parlimen dan ADUN.

Saya tidak kisah sangat dengan 70 orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir sehingga mereka menang tipis dalam undian tersebut. Namun sedikit mendukacitakan ialah rekod yang menunjukkan seramai 18 orang Ahli Parlimen Pakatan rakyat (PAS, DAP dan PKR) yang tidak hadir dalam sesi yang penting itu. Jumlah itu tidak mengambil kira 3 MP Bebas yang tidak hadir iaitu Pasir Mas dan 2 dari SAPP.

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P022 Pasir Mas - PAS - Ibrahim Ali

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Ramai yang membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku termasuklah undi tidak percaya kepada kerajaan BN setelah bajet ditolak bila undian berpihak kepada PR, walaupun sebenarnya peluang itu cuma mungkin datang sekali sahaja dalam sejarah pengundian di Parlimen.

Bayangkan apabila PM dan TPM serta beberapa orang Ahli Parlimen dan sanator BN yang bergegas meninggalkan majlis penting di luar parlimen dan hadir untuk mengundi.

Apapun setiap kelalaian itu pasti ada sebab dan musababnya dan satu tindakan perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk menyiasat dengan teliti kenapa sejumlah ahli Parlimen masing-masing yang tidak hadir .

YB Pakatan Rakyat yang tidak hadir pada sidang Parlimen ketika undian Bajet 2010 dijalankan wajib memberi tunjuk sebab dan penjelasan kepada rakyat mengapa mereka tidak hadir pada Sidang Parlimen yang amat penting.

Sebagai rakyat Pulau Pinang sudah pasti saya amat kecewa kerana 6 Ahli Parlimen di P.Pinang tidak hadir. 5 dari DAP manakala Dato' Seri Zahrain pula dari PKR.

Dalam PRU 13 nanti, sudah pasti rakyat akan menolak calon yang bertanding dua kerusi iaitu di Dun dan Parlimen. Di Pulau Pinang, kebanyakan dari DAP. Bila sudah menang, mereka tidak mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.

Rombakan Anwar memilih Dr Mansor Othman memang tepat pada masanya bagi menggantikan Dato' Seri Zahrain sebagai Pengerusi PKR P.Pinang. Sudah ada pangkat Dato' , nak tambah pangkat lagi. Kerja hampeh...turun kawasan pun jarang.

Parlimen Bayan Baru merupakan satu-satunya Kawasan Parlimen di Malaysia di mana Parlimen PKR dan ketiga-tiga DUN juga adalah PKR.

Ingatlah...mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar dari memburu kemenangan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/