
Malah beliau berkata, pihaknya sememangnya menjalankan siasatan berhubung kehilangan kedua-dua enjin tersebut yang masing-masing berharga RM50 juta.
"Ia bukan perkara baru, memang selama ini kita siasat kehilangan bagi kedua-dua enjin itu.
"Bukan bermakna ada lagi kehilangan, memang kita dapat laporan mengenai kehilangan kedua-duanya... siasatan kita pun berdasarkan dua laporan polis berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.
Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.
Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.
Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.
Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.
Sementara diminta

"Tak apalah, arahan supaya kita kemaskan siastan, kita akan kemaskanlah.
"Ia bukan satu masalah kepada polis, kita akan lakukan yang terbaik," katanya.
Sabtu lalu media melaporkan kehilangan enjin pesawat tempur berkenaan bersama dokumen mengandungi butiran penyenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin dari simpanannya di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/