Selepas solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya, Amk P.Pinang adakan demo untuk mendesak kes Anwar supaya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Ketua Amk Malaysia, Shamsul Iskandar turut hadir. YB Amerudin Adun Batu Cave terpaksa bergegas ke Alor Setar Kedah untuk menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Kedah 'Menggilap Harapan Rakyat".
Shamsul membidas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam, Datuk Jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.
Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut - ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat - adalah menghina Mahkamah Syariah.
Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.
Saya berbincang dan memohon agar polis memberi semula risalah yang mereka rampas. Polis (Hamzah) berkata mereka tidak akan pulangkan semula. Saya kata kepadanya kalau mahu ambil satu sudahlah, kenapa nak ambil semua? Saya kata polis jangan jadi penyamun, mengambil hak orang tanpa izin, mencuri namanya, adakah polis memang suka mencuri?
Yang kata polis ni....hang kata pi lah apapun dekat dia, dia akan kata ini arahan pihak atasan.
Akhirnya saya pergi ke kereta polis dan membohongi mereka dengan berkata Tuan Hamzah setuju untuk serahkan kembali, padahal memang dia tak nak bagi pun. Polis yang tunggu di kereta polis pun bagi sebab saya kata tuan Hamzah dah setuju nak bagi balik...Seronok rasanya sebab berjaya bohong polis...ha..ha.ha..
Selepas demo saya menghantar Shamsul ke Alor Setar untuk mendengar amanat Anwar dalam Konvensyen Kedah "Menggilap Harapan Rakyat ".
Dalam amanat tersebut Anwar menyentuh tentang sikap sesetengah Yang Berhormat dan isu petani. berita lanjut di sini.
Selepas itu saya terus bergegas ke Hospital Alor Setar untuk menziarah Pak Ngah yang koma, akhirnya pada malam tersebut juga Pak Ngah di bawa pulang ke Kuala Sungai dan akhirnya Pak Ngah menghembuskan nafas yang terakhir jam 11.45 malam.
Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman....amin...Al - Fatihah
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
31 minutes ago