Pemimpin Umno Pulau Pinang akur dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak dibangkitkan lagi desakan kepada Gerakan supaya menyerahkan jawatan pengerusi BN.
"Tidak ada lagi kenyataan, kami akur dengan arahan bos kami," katanya Setiausaha Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga.
Ditanya adakah pihaknya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi parti, ekoran cadangan tersebut adalah keputusan sebulat suara dalam permukiman Umno negeri itu, Azhar berkata:
"Apa yang bersangkut paut dengan perkara itu, saya tidak mahu komen."
Azhar yang juga ketua pembangkang diminta mengulas tindakan susulan Umno Pulau Pinang berhubung desakan agar Gerakan menyerahkan jawatan pengerusi BN negeri kepada Umno.
Ahad lalu Najib dilaporkan berkata bahawa berkata cadangan Umno Pulau Pinang itu hanya merupakan pandangan dan tidak lebih daripada itu dan sebarang keputusan akan dibuat atas semangat pemuafakatan BN.
Sehari sebelum itu, pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata permintaan tersebut munasabah kerana wakil Umno memenangi semua 11 kerusi DUN dan dua kerusi parlimen di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.
Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno sejak 35 tahun lalu dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sebelum ini dilaporkan juga bahawa keputusan meminta jawatan pengerusi BN negeri itu diputuskan secara sebulat suara dalam sesi permukiman Umno negeri itu di Janda Baik, Pahang sebulan lalu.
Menurut satu sumber sesi permukiman tersebut dihadiri oleh 299 pemimpin dari kesemua 13 bahagian, termasuk tiga sayap parti di negeri 'Pulau Mutiara' itu.
Bagaimanapun dilaporkan Dr Koh enggan melepaskan jawatan tersebut kerana ia adalah jawatan itu disandang oleh Gerakan sejak lebih tiga dekad lalu.
Dalam pilihan raya umum lalu, Umno memenangi 13 kerusi termasuk dua kerusi parlimen di Pulau Pinang. Negeri itu mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen.
Manakala semua komponen BN - Gerakan, MIC dan MCA - tewas semua kerusi yang mereka tandingi. Pulau Pinang kini ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
30 minutes ago