SharpShooter Followers

Thursday, August 05, 2010

AMK P.Pinang jemput semua hadir ke 8 Pidato Politik

Syed Mikael (dua,kiri) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali (dua,kanan) menunjukkan permit yang diperoleh daripada polis untuk mengadakan program pidato politik, 8 Ogos ini

Sinar Harian - Seberang Jaya
– Lapan pemimpin terkemuka dalam Pakatan Rakyat (PR) bakal tampil dalam satu program pidato politik yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau, 8 malam, 8 Ogos ini.

Setiausaha AMK Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, pemimpin yang terlibat adalah Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Datuk Chua Jui Ming dan Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Setiausaha Keadilan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Timbalan Yang DiPertua Pas Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Menurutnya, pidato berkenaan diadakan adalah bagi mengupas isu-isu semasa serta menjawab segala tuduhan yang dilemparkan UMNO terhadap PR.

“Di dalam program ini nanti, kita akan memberikan fakta sebenar yang mana tuduhan dilemparkan UMNO Balik Pulau dalam dua siri program mereka sebelum ini adalah menyeleweng dari fakta.

“Oleh itu, saya berharap agar orang ramai dapat memenuhi dewan itu nanti bagi mendengar sendiri apa yang bakal disampaikan oleh para pemidato,” katanya ketika ditemui di Pejabat Keadilan Negeri, di sini.

Beliu berkata, program yang diadakan dengan kerjasama Keadilan Cabang Balik Pulau itu dijamin akan berjalan dengan penuh tertib tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Katanya, langkah keselamatan turut diambil dengan mendapatkan permit dari polis untuk menjalankan program.

Justeru, orang ramai tidak perlu khuatir dan diharap dapat hadir beramai-ramai bagi mendengar pidato yang akan disampaikan lapan pemimpin tersebut.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/