SharpShooter Followers

Tuesday, August 17, 2010

YB Nik Nazmi Pengarah Komunikasi baru Keadilan


Nik Nazmi dulu pernah jadi setiausaha sulit Anwar.
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa semalam.

Nik Nazmi, 28, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008.

Difahamkan pelantikan itu disentuh dalam mesyuarat Biro Politik PKR, Sabtu lalu.

Pelantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

“Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

“Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan,” kata kenyataan PKR hari ini.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan setiausaha sulit kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sharpshooter :- Tahniah diucapkan dan semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih efesyen.

Kelmarin dua Imam Muda Batu Cave (Amirudin Shari) dan Seri Setia (Nik Nazmi Nik Ahmad) bertandang ke P.Pinang membawa hajat besar tentang AMK.

Kami berbincang di Tingkat 53 KOMTAR, perbincangan begitu mesra sekali begitulah sikap AMK P.Pinang yang akan memberi layanan istimewa pada tamu AMK yang datang ke P.Pinang.

Jurufoto adalah Rezal Huzairi aka Rezal Panjang, mereka mahu berbincang, kita bincang. Tetapi kata putus kena ikut demokrasi. Demokrasi wajib disubur sesubur mungkin.

Selepas perbincangan, kami menghantar mereka pulang hingga ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Layanan istemewa diberikan kepada dua Imam Muda terutamanya kempen manager Chegu Bard, Zulkifli Ibrahim.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/