Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyalakan bara sentimen dalam kalangan orang Melayu sebagai strategi lapuk. Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, BN/UMNO heboh mahukan orang Melayu bersatu sebagai kaum majoriti tetapi isu salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan hanya ditutup sebelah mata.
“Persoalannya, bersatu untuk apa? Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk membenarkan pimpinan elit UMNO menggunakan kuasa mereka dengan mengamalkan rasuah dan memperkaya diri sendiri.
“Seandainya orang Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan ini, maka musibah akan melanda bangsa dan negara kelak,” kata Azmin dipetik dalam laman blognya www.azminali.com. Menurutnya, perpaduan perlu mempunyai asas dan tidak boleh digunakan untuk perkara yang mengongkong individu.
“Ini kerana ia bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin. “Kita bersyukur apabila orang Melayu kini cukup matang dan tidak mudah terperangkap dalam polemik diskaun 7 peratus Bumiputera untuk belian tanah dan rumah mewah.
“Masih terdapat pelbagai inisiatif dan subsidi untuk golongan kaya tetapi malang apabila subsidi rakyat dihakis sehingga ayam dan gula di dapur juga semakin mahal,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, perkara yang perlu dikaji ialah rumah mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah terutama majoriti orang Melayu.
“Lihat sahaja kualiti rumah untuk rakyat miskin dengan dapur yang sempit, kamar tidur bersiling rendah, bilik mandi dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat.
“Ini adalah realiti sebenar kesempitan dan himpitan hidup yang menimpa majoriti orang Melayu di setiap bandar ketika tanah dan kawasan strategik diberikan kepada tauke-tauke dan kroni mereka,” katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago