SharpShooter Followers

Monday, August 16, 2010

Mahkamah tolak permohonan Anwar

Mahkamah Tinggi pagi ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar digugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/