SharpShooter Followers

Monday, April 05, 2010

Chegu Bard mula kencing Ezam


Semua AMK otai tahu betapa rapatnya Chegu Bard dengan Ezam suatu ketika dulu. Ketika itu jika ada sesiapa yang mempersoalkan tindakan Ezam, Chegu Bardlah orang pertama yang akan bermatian-atian mempertahankannya.

"Langkah mayat saya dulu" begitulah ungkapan Chegu Bard jika Ezam diusik. Begitulah sikap dan taat setianya Chegu Bard pada Ezam.

Pernah suatu ketika dulu sewaktu Saifudin Nasution memangku jawatan Ketua Pemuda Keadilan disebabkan Ezam dalam tahanan 2 tahun, ketika itu Chegu Bard dan Shamsul Iskandarlah di antara kuncu-kuncu serta barua Ezam
yang menyebabkan akhirnya Saifudin terpaksa melepaskan jawatan.

Begitulah pengakuan mereka berdua kepada saya dan mereka berdua rasa amat menyesal dengan tindakan mereka ketika itu kerana pernah menjadi pencacai Ezam hingga sanggup membuatkan Saifudin Nasution melepaskan jawatan Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Malaysia.

Chegu Bard dalam luahan hatinya kepada saya pernah berkata, " Abang Din tahu tak...saya serah nyawa pada Ezam.."

Begitulah serba ringkas sejarah Chegu Bard bersama Ezam. Tetapi hari ini, Chegu Bard sudah mula kencing Ezam. Ikutilah luahan rasa derita jiwa Chegu Bard tentang Ezam dalam blognya....

Pernah cheGuBard tulis dalam blog ini bagaimana Ezam ketika mempengerusikan Mesyuarat GERAK yang terakhir selaku pengerusi GERAK sebelum GERAK di 'serahkan maruah' ke tangan pemuka Umno lama dulu telah memberi gambaran mengenai akan wujudnya tuduhan liwat kedua ke atas Anwar, ini dinyatakan sendiri oleh ahli mesyuarat yang hadir pada hari tersebut.

Apakah Ezam terlibat merencana fitnah dua... ? apabila terbaca blog Nazree bekas pengerusi Gerak ..... rasanya Ezam perlu tampil menjawab. baca petikan blog Nazree di bawah.


Ezam tentu rimas diasak dengan asakan yang dia tidak sangka....Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak dalam blognya http://minda-pemuda.blogspot.com/ Anak didik Ezam Mohd Nor dalam tulisannya banyak menentang Ezam dalam isu khususnya mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan isu Ezam mempersoalkan keislaman Nik Aziz. Malah Ezam telah mengarahkan Zahid Mat Arif (bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan) dalam satu ceramah bersama untuk menyerang Nik Aziz secara melampau.

Dalam ceramah bersama dengan Ezam, Zahid menyebut "Nik Aziz bukan ulama tetapi puk_ mak".....

Orang Ezam ada menghubungi Nazree dengan memarahi beliau dengan menyatakan Nazree tak kenang budi.... apa budi Ezam pada Nazree.... ?

Utusan Ezam memberitahu bahawa Ezam kecewa dengan Nazree kerana menyerang secara peribadi tanpa kenal kawan... jawapanya muda Ezam pernah kenal kawan kah ? che'GuBard tidak mengusik Ezam kerana menghormatinya... diamnya cheGuBard terhadap Ezam mengundang rasa ragu teman KEADILAN pada cheGUBard namun Ezam dan juaknya tetap tak memahami mereka serang peribadi termasuk pukul nak bagi mati hingga ke periuk nasi cheGuBard......

Pertanyaan cheGuBard kepada Abang Ezam ..... siapa yang tak kenal kawan.... siapa yang serang peribadi....???? siapa yang berada di landasan ini kerana agenda peribadi....?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)