SharpShooter Followers

Monday, April 05, 2010

Nurul Izzah cabar Rosmah

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menubuhkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor walaupun sekiranya Barisan Nasional kalah pada pilihan raya kecil 25 April depan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Rosmah bercadang untuk menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak di Hulu Selangor jika BN berjaya memenangi PRK Hulu Selangor.

"Sungguhpun saya mengalu-alukan usaha PERMATA untuk meningkatkan mutu di negara, namun berita ini amat menggusarkan saya. Usaha murni untuk menaiktaraf mutu pendidikan awal ini tidak seharusnya diberikan kepada rakyat dalam bentuk tebusan untuk meraih kemenangan di Hulu Selangor.

"PERMATA selaku sebuah badan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk memperuntukkan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak dan telahpun diberikan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk usaha mereka, seharusnya memberikan sumbangan dan bantuan kepada semua kawasan yang memerlukan tanpa perlu menunggu adanya pilihan raya kecil.

"Saya mempertikaikan keikhlasan hasrat Datin Seri Rosmah ini sungguhpun beliau mendakwa ianya akan dilaksanakan demi kepentingan anak-anak kecil di Ulu Selangor. Apakah beliau akan menafikan kemudahan yang dijanjikan sekiranya Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya kecil Ulu Selangor kelak?" kata Nurul Izzah dalam sastu kenyataan media.

Beliau juga menggesa kerajaan agar tidak memperalatkan kebajikan kanak-kanak untuk kepentingan parti sebaliknya melaksanakan tanggungjawab sosial kerajaan tanpa mengira politik kepartian serta kepentingan peribadi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)