SharpShooter Followers

Wednesday, April 07, 2010

Pemuda Pakatan desak siasat Khairy dan Najib



Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa polis menyiasat secara telus telus terhadap dua individu yang didakwa berperanan menggunakan khidmat syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd sebagai perunding komunikasi negara ini.

Syarikat berkenaan dikatakan mempunyai perkaitan secara langsung dengan pimpinan kerajaan Israel dan bertanggungjawab mencetuskan idea 1Malaysia yang didakwa disadur daripada konsep 'One Israel' yang dipakai guna di negara Zionis itu.

Perkara berkenaan dikatakan didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Ser
i Anwar Ibrahim pada Sidang Parlimen 30 Mac lalu, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda :Umno:, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanggungjawab membuat keputusan menggunakan khidmat syarikat itu:.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPK) Dang Wangi di sini, kira-kira jam 11.10 pagi semalam, mendesak dibuat siasatan terhadap dua individu berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa; Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.:


Shamsul Iskandar berkata, pihaknya akan membuat bantahan habis-habisan selain bakal membuat demonstrasi besar-besaran disertai pertubuhan Islam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan agama lain dalam masa terdekat bagi membantah perkara itu.

“Sebagai pemimpin negara, Najib seharusnya sedar risiko yang diambil dengan membenarkan Apco terlibat secara langsung menasihatinya dalam hal ehwal komunikasi dan ‘image building’ selain mencetuskan konsep 1Malaysia mengikut acuan Zionis:

“Kita cabar Najib dan Khairy memberi jawapan yang sebenar dan berdebat dengan kita berhubung isu ini,” katanya.

Menurutnya, perkara ini juga akan dedahkan kepada penduduk di kawasan Hulu Selangor yang bakal membuang undi pada pilihan raya kecil Parlimen berkenaan, 25 April ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)