Beliau adalah seorang warga emas (Bekas Tentera) yang tiba-tiba baru sebulan diserang penyakit strok. Sebelum ini beliau bekerja menjual air tebu berhampiran rumah untuk menyara keluarga selepas bersara.
Di sebabkan musibah yang melanda, beliau telah kehilangan sumber pendapatan harian.Sedikit bantuan dari anak-anak beliau adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pampers ( Lampin pakai buang ) dan susu khas untuk penyakitnya.
Berat mata memandang sudah pasti berat lagi bahu yang memikulnya.
Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi saudara Jalil Che Ros Penyelaras Dun Seberang Jaya yang disebut-sebut bakal calon Seberang Jaya di talian 013 - 489 3227.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah SWT.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/