SharpShooter Followers

Friday, July 13, 2012

AMK SELANGOR GESA UMNO UMUM DAHULU CALON MENTERI BESAR

Angkatan Muda Keadilan Selangor mencabar Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor untuk mengumumkan calon Menteri Besar Selangor sekiranya beliau yakin Barisan Nasional akan menumbangkan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada pilihanraya akan datang. 

AMK Selangor melihat tindakan Noh Omar menawarkan 'manifesto' air percuma untuk rakyat  itu sebagai langkah mendahului pimpinan Umno Selangor lain, yang dipercayai turut mengintai peluang untuk menduduki kerusi panas itu sekiranya menang pilihanraya nanti.

Belum pernah lagi dalam sesuatu pilihanraya yang diadakan di mana-mana negara , rakyat tidak tahu calon 'jeneral' atau ketua yang akan mengetuai pentadbiran sekiranya parti yang mereka undi itu menang. Dalam kes ini, Noh Omar menawarkan air percuma, tetapi jika Najib Razak memilih calon lain, adakah tawaran Noh Omar itu masih boleh diambil kira?

Nampaknya perang perebutan jawatan sudah bermula di kalangan pimpinan Umno Barisan Nasional di Selangor, dan AMK Selangor mahu Noh Omar menjawab apakah tindakannya menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor itu sebagai satu tawaran peribadi, ataupun telah dipersetujui di peringkat Barisan Nasional termasuk Umno negeri.

Ini kerana sumber dalaman kuat mengatakan bahawa wujud beberapa kem dalam Umno Selangor dan tindakan Noh Omar itu dipercayai hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib Razak bahawa dia adalah calon yang layak untuk menjadi calon Menteri Besar. 

Justeru AMK Selangor menasihatkan Noh Omar untuk menumpukan dulu perhatian untuk menyelesaikan masalah dalaman Umno Selangor. Tidak guna bagi Noh Omar untuk menawarkan skim air percuma dan sebagainya, jika nanti dia bukan calon pilihan Najib untuk mengetuai Umno Selangor bagi kerusi Menteri Besar.

AMK Selangor meyakini kecemerlangan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor sedia ada dan percaya bahawa kebajikan rakyat Selangor yang lebih terbela ini akan mendorong rakyat untuk terus mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat, untuk nikmat berterusan dan skim-skim merakyatkan ekonomi.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone