SharpShooter Followers

Friday, July 20, 2012

SELANGOR MEMPERTIKAIKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS KABINET BERKAITAN ISU AIR DI SELANGOR OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh Kabinet (special cabinet committee) untuk meneliti isu air seperti yang  diumumkan oleh  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau (KeTTHA), dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengarah Pilihanraya BN), Dato Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor).

Kerajaan Negeri mempersoalkan kewujudan ('the creation') jawatankuasa khas ini memandangkan sudah adanya Kementerian KeTTHA dimana Menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).

Oleh kerana kuasa yang diberi kepada Menteri gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industry air di Selangor dan Menteri KeTTHA tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas cabinet tersebut, Kerajaan Negeri menyeru Menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera. 

Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut, kerana beliau adalah Menteri Kerajaan Persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

Sekiranya Kerajaan Pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7juta pengguna air SELANGOR diwakili oleh Dato' Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone