Sumber dalaman terkini kem Muhyidin Yasin (Mat Sembab) memaklumkan bahawa Mat Sembab sedia ganti Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim, sumber dalaman tersebut juga memaklumkan bahawa mereka amat malu bila mereka ada Presiden yang juga Perdana Menteri tetapi takut untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Menurut kem Mat sembab lagi, budaya berdebat harus disuburkan kerana rakyat kini bukan seperti zaman 60’an. Rakyat sekarang sudah celik maklumat dan bijak. Mereka juga berkata apalah salahnya berdebat kerana bukan ada siapa menang dan siapa kalah pun. Rakyat mahu melihat bagaimana masalah ekonomi Negara dapat dipulihkan. Tambahan pula hutang Negara dizaman Najib adalah yang tertinggi pernah tercatat dalam sejarah Malaysia mencecah hampir RM 500 billion.
Presiden MCA, Chua Soi Lek pun berani berdebat bukan sekali malah sudah dua kali dengan Guan Eng.
Kem Mat Sembab juga berpendapat bahawa najib dan Rosmah kini adalah beban besar dalam umno. Najib dan Rosmah kini langsung tidak menghiraukan suara akar umbi, sebagai contoh Menteri Wanita, sepatutnya Najib melantik pimpinan wanita umno sebagai pengganti Shahrizat Jalil. Adalah begitu malang dan mala petaka buat umno serta 1 Malaysia apabila Najib melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Wanita. Secara tidak langsung ini mengesahkan bahawa Wanita Umno kini ibarat wanita lembu kerana tidak ada seorang pun yang layak menjawat jawatan Menteri Wanita.
Secara sinis Kem Mat Sembab berkata, cuba perhati dan bandingkan isteri Najib dan Isteri Mat Sembab, dari segi akhlak bagai langit dan bumi, Isteri Mat Sembab bertudung ikut Islam manakala isteri Najib, faham ambillah kata mereka. Dengan skandal Rosmah tak putus putus seperti cincin 24 juta, boros membeli belah, majlis pertunangan anak pun guna duit rakyat serta bertindak sebagai Perdana Menteri amat memalukan dan membebankan umno. Mereka juga berkata, sudah tiba masanya Muhyidin Yasin diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/