SharpShooter Followers

Friday, July 06, 2012

Anwar Ibrahim Perlu Terus Kekal Dalam Persada Politik Tanah Air

Solidariti Anak Muda Malaysia amat terkejut dengan kenyataan Ketua Umum Partai Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berfikir untuk bersara daripada arena politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengambil alih Putrajaya.Harus diingatkan gerakan rakyat yang telah belia bina pada tanggal 2 september 1998 sewaktu beliau dipecat masih segar dalam ingatan rakyat.

Beliau selaku individu yang membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai tindakan rasuah regim sewaktu di bawah pemerintahan Dr Mahathir hingga la di teruskan legasi pemerintahan secara kronisme oleh Abdullah Badawi serta sekarang disambung oleh Najib Tun Razak yang terpalit dengan skandal rasuah yang terus berleluasa.

Justeru itu,bagi meneruskan agenda gerakan rakyat menolak regim yang zalim serta angkuh ini.Rakyat perlukan beliau selaku pemimpin yang menyatukan seluruh komponen dalam PR bg misi menjatuhkan Regim UMNO & Barisan Nasional.

SAMM menolak sekeras-kerasnya cadangan beliau & beliau masih perlu hingga agenda menjatuhkan Regim ini tercapai dalam memacu ekonomi & permasalahan rakyat!

Sekian Terima Kasih

Zulkifli Haji Ibrahim
Pengarah Sekretariat
SAMM Kebangsaan

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone