SharpShooter Followers

Tuesday, July 10, 2012

Blogger "JAYA NEGARA" rupanya yang mengamuk di Putrajaya mati ditembak

Di bawah ini wajah dua individu yang dimaksudkan. Lelaki itu dilihat seperti orang kurang siuman, memakai penutup kepala dengan lambang kepala tengkorak.



Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk mahu gulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya bersenjatakan sebilah pedang samurai seperti dilaporkan oleh Utuseks Meloya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid adalah pemilik blog Jaya Negara.

SEORANG lelaki dengan seorang wanita yang dipercayai merupakan isterinya mengamuk di Bangunan Jabatan Perdana Menteri membawa pedang samurai hari ini.

Allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.

(Blognya di sini JAYA NEGARA )


Akaun FB beliau di sini



Mengikut kenyataan polis, lelaki ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan...pening baca penulisannya...



Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seorang penganggur manakala teman wanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Isterinya memakai pakaian selubung hitam dengan cermin mata hitam.

Di bawah ini rakaman video yang dirakamkan oleh salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian saat Polis melepaskan tembakan kepada suspek tersebut. Bagaimana pun, beliau tidak dibenarkan menghampiri suspek.






Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/