Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.
Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Pertemuan di Kota Bharu itu menarik perhatian memandangkan Lajim telah meletak jawatan sebagai ketua cawangan Umno.
Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.
Lidah parti PAS itu melaporkan Lajim bersama 25 orang lagi anggota rombongannya meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu Nik Abdul Aziz.
Lajim dalam pertemuan itu dilaporkan telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata, cadangan bagi kerjasama itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan.
"Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit
Dan Tidak Menyeluruh
-
*KUALA LUMPUR:* Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara
dilih...
2 hours ago