SharpShooter Followers

Monday, July 30, 2012

Mengapa Pak Menteri meroyan bila Pakatan Rakyat mahu turunkan harga kereta

Alahai Pak Menteri kenapa meroyan bila dengar Pakatan Rakyat akan turunkan harga kereta jika berjaya tawan Putrajaya? Kenapa kata jejas ekonomi, kenapa kata negara akan muflis jika harga kereta diturunkan? Rakyat ketawa bila tengok Pak Menteri meroyan kah kah kah..

Oi Pak Menteri...apa khabar mantan PA? betul ke Hasbi itu penggubal duit haram? duit tunai lebih kurang 2 juta yang dijumpai di rumahnya ketika musim Perayaan Tahun Baru Cina itu duit siapa? duit dia ke atau duit bos dia?

Rakyat sudah tahu rupanya setiap kereta tempatan berharga RM40 ribu, cukai Kerajaan BN kenakan RM16,500....baca di sini...laaa tingginya cukai kepada rakyat? kata rakyat didahulukan? betul ke?

Rakyat sudah tidak sabar nak mengundi untuk tumbangkan BN..tengok BN ingat cukai kereta yang tinggi...

Utusex Meloya - Jejas ekonomi, muflis jika pembangkang turunkan harga kereta

TASEK GELUGOR 28 Julai - Kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais kereta diturunkan seperti yang mahu dilaksanakan pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain itu, ia mendedahkan rakyat khususnya yang terlibat dengan industri automotif kepada situasi muflis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, penghapusan cukai kereta akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion.

Menurutnya, penurunan jumlah besar tersebut pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

"Rakyat yang daif tidak dapat meningkatkan kehidupan kerana kerajaan kekurangan duit untuk membantu mereka. Memanglah harga kereta turun tetapi jika berlaku mendadak, bagaimana pula pengusaha dan pekerja kedai kereta terpakai? Mereka boleh muflis," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di sini hari ini.

Nor Mohamed memberitahu, janji sedemikian menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), kita sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebelum itu melawat rumah Leha Nayan, 76, di Kampung Baru Tok Jawa, Labuh Banting di sini.

Dalam program berkenaan, TNB membuat kerja-kerja pendawaian bagi membolehkan bekalan elektrik disalurkan ke rumah warga emas tersebut.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/